20 Mac 2011

masuk hospital

salam diari,

nak cerita hal minggu lepas ni. hari jumaat mgu2 lepas si aisyah kena cirit birit. sampai hari isnin aku tengok badan dia makin lemah x aktif langsung asyik baring jer. hari selasa malam tu aku ajak en.laki bawak aisyah ke HSA. pastu dr. drip air tunggu sampai kul 12 gak last2 decide masuk ward. 2 mlm gak ahh tido wad.. nasib aku dah bawak beg siap2. tapi yang pandainyer baju aisyah jer aku bawak baju aku leh tak bawak lak. dah siap2 daftar semua masuk wad tunggu si aisyah tido en. laki pun balik. kesian gak aku tengok aisyah kena cucuk sana cucuk sini kejap2 amik darah. malam tu aku ingat nak tido kerusi jerk sekali x leh tahan ahh sakit badan sudahnyer aku panjat gak katil aisyah. besoknyer bangun x nak mandi lak sudahnyer aku lap2 badan dia salin baju lain. ngan aku2 pun x mandui tunggu en. laki datang. pagi tu bagi mee goreng ngan bubur. pehhh x leh telan langsung aku. sudahnyer aku minta jiran sebelah tengokkan aisyah aku pegi beli sarapan. boleh ahh wat alas2 perot sampai tgh hari. pagi tu dr. pakar check dia kata aisyah kurang garam so kena masukkan air garam.tgh hari tu en. laki datang bawak kan mcd untuk aisyah. pastu aku turun jap cari makan naik jer dah kena pindah tempat. nasib semua en. laki uruskan. start masuk air garam tue tengok keadaan dia makin ok. dah boleh borak2 ketawa semua ngan aku. makan pun dah selera. masuk hari ke-2 kat wad tu makan bekfes habis. dah aku kena turun lagi cari bekfes. bila dah tengok camtu dr. pun bentikan air garam dia. so hari ke 3 siang tu dia dah sihat betul air pun di bentikan. petang tu dr decide dah leh discharge. lega aku dengar. pas aku bayar bil semua en. laki pun sampai. duduk jap buka jarum kat tangan aisyah dah balik. sampai hari ni aku tengok ok jerk. k lah nak sambung wat kerje.

13 Mac 2011

buat pasport

salam diari,

semalam pepagi dah kuar rumah nak gi wat pasport. tanyer en. laki dia pun x tau bukak hari ahad. so aku ngan konpiden gi ngan aisyah. opkos ahh bawak makcik bibah aku. nak cepat nyer pepasal kuar kan mkcik bibah aku terlanggar pagar lak. cehhh nak jaga2 kena gak. dah calar makcik bibah aku. x_x. aku x tau en. laki dah nampak ke belum. x tau nak ikut kempas aku ikut highway jerk. dah lah pas bayar tol tue aku x ingat kena masuk simpang mana aku belsah jerk masuk simpang kempas. dah lah pas simpang masuk tue terus jumpa traffic light. dah x tau nak pergi mana. takder signboar setia tropika pun. ehhh aku lupa aku x cerita aku nak gi mana ehh. ahhhah apa lah.aku gi wat pasport kat setia tropika. k sambung cerita pas traffic light tue aku jalan ahh terus aku tengok2 belah kiri kanan mana signboard setia tropika ni. sampai aku jumpa signboar impian emas ko. aku x puas hati aku patah balik nak naik highway pastu aku ingat aku salah masuk simpang pas tol tu. masa pas patah balik tu aku tengok ahh belah kiri cari2 signboard sekali jumpa arrow setia tropika belah kanan. cehhh aku terlepas simpang masuk setia tropika tu rupanyer. dah masuk tue carilak mana bangunan wat pasort. tengok sana tengok sini sampai junmpa traffic light baru nampak bangunan nyer belah kanan. masa aku kat lane tengah aku main belok jer kanan dah lah traffic light kuning masa tu. lepas traffic light tue ada cam bukit sikit aku x perasan aku pakai gear berapa boleh lak makcik bibah termati kat tengah2 jalan. dah masuk parking semua nak mencari blok lak x tau yg mana. aku tanyer guard situ dia kata ting 3 blok 1. aku mencari lah mana blog 1 sekali tengok orang masuk blok tu aku ikut jerlah. dah sampai isi borang siap2 nak amik no. baru cakap nak ic fotostat. cehhh dah aku kena turun balik wat fotostat. boleh pakcik yg jaga nombor tue dia kirim suratkhabar ngan aku. dah jmpa kedai fotostat nak mencari suratkhabar lak. aku tanyer makck kedai fotostat tue dia kata kat 7e sana ada jual. aku nyer lah mencari mana 7e . sekali lalu depan kedai mamak nampak orang baca suratkhabar aku tanyer jer kat orang tue dia kata kat dalam ni ada jual. ceh penat jer aku jenjalan. dah beli terus naik balik. masa amik no. baru 104 tue kul 9.40 no aku lak 252. pehh jenuh nak nunggu sampai duduk bersantai2 tepi dinding. kul 1.30 baru settle semua. si aisyah dah x larat nak jalan. jenuh dokong dia sampai keter. masuk jalan jer tengok diam dah tido rupanyer. dah nak kuar situ salah masuk jalan lak. patutnyer ke kanan aku pergi kiri dah pergi tengok rumah orang2 kaya kat situ. patah balik belok kiri lak terus jerk kali ni ikut jalan kempas jerk. rerupanyer jalan kempas lagi senang terus jerk dah jumpa jalan besar.cehhh rugi aku bayar tol. k lah tu jerk nak citer pasal aku wat pasport semalam.

10 Mac 2011

kucing ku mati

salam diari,

huhu 2-3 hari ni hari menyedihkan untuk aku. anak kucing aku mati kena langgar. kalau ngan orang len takper gak ni ngan tuan kucing sendiri. sedih sangat meleleh air mata aku tengok saat2 akhir dia. nasib masa dia mati tu aku tak tengok. kalau x mesti aku lagi meraung. semlam laki aku pergi tanam. dah lah tu jer satu2 kucing yg kaler lain. nak wat camner kan dah ajal dia mati kat tangan tuan dia. kesian aku tengok mak kucing tu. malam tadi biarkan dia memain kat dalam umah. dah 1 hari duduk luar umah kan. moga panjang umur anak2 kucing2 tu.k lah tue jerk nak citer.

8 Mac 2011

pemberita

salam diari,

sibuk sangat mgu ni smapai x sempat nak update. banyak cerita dalam kepala otak dalam hati cuma x tak tau camner nak luahkan. yg pasti semenjak dua menjak ni aku jadi makin pemalas lak. tinggal tunggu masa nak kena petir jer ngan laki aku. hahhaha. k lah nak cerita pasal tajuk ni. entah kenapa aku ni idop dikelililingi oleh pemberita2 x berbayar yang kengkadang menyakitkan hati gak. tapi nak wat camner tahan jerlah yang lelain aku wat cam masuk telinga kanan kuar telinga kiri. tapi cerita yg ni memang aku x leh lupa. pasal aku x paham apa motif dia nak bagitau aku benda camtu. cerita begini. aku pergi umah mak mertua aku. masa tu dia baru kenal ngan bekas madu dia. so rajin ahh minah n kerumah dia. so jumpa lah anak2 menantu ngan pompuan nie. pastu esok2 pompuan nie leh cerita ngan mak mertua aku camner tau. pandai anak2 akak cari isteri semua lawa2. isteri ni lawa isteri ni pun lawa tapiiiiiii isteri yang tu lagiiiiiiiiiiiiii lawa. ahahahha leh paham tak. yg pasti bukan aku yg dia maksudkan. aku bukan jeles cuma terasa ati. terasa ati bukan apa kenapa mesti cerita benda2 yang membanding2 kitaorang. aku sedar diri memang aku x lawa. tapi x yah nak mention boleh. sebenornya banyak lagi cerita cuma aku malas nak buka cerita tu. aku kengkadang malas nak pk ada kengkadang masuk gak dalam ati aku. cuma malas nak amik pusing. k lah nak citer tue jerk. kang citer lain. aku nak citer pasal kisah mula2 aku jumpa laki aku sampai lah skang. kira2 hampir 17 tahun tau.kalau beranak masa tu rerasa budak tu dah nak amik spm dah.k lah nak sambung kerje.

6 Mac 2011

takder tajuk

salam diari,

entah paper jer tajuk kan. malas nak pk idea apa nak letak tajuk. semalam seharian kat umah pasal sabtu dah penat seharian kat luar. takder aktiviti menarik pun cuma ke melaka tengok mak mertua aku. bertolak dari umah pagi dalam kul 9 lebey ambik adik ipar aku ambik akak ipar aku pastu gi minum dulu terus gerak. bih kurang kul 11 ahh kitaorang gerak. sampai sana dalam kul 1 lebey camtu. duduk x lama dah suh makan lak. makan jerlah orang dah masak. bih x der aktiviti apa nak wat. duduk lepal2 borak2. baca buku. pastu kul 5 lebey tido. kata x der aktitiviti kan. si aisyah leh lak dia x nak tido main2 dia ngan pakcik dia. lantak ahh janji ko x nangis. x der gambar pun pasal aku malas nak amik gambar. x ingat pun benor nyer nak amik gambar semua.pastu pas isyak dah gerak balik JB. sampai umah bapak mertua aku dalam kul 10 lebey camtu. balik terus tido tengok tv pun kejap jerk. tu yg ahad x der kemana2 duduk umah jerk. tapi pun malas nak wat kerje. cuma masak jerk. pastu melingkar depan tv.maklum tgl sorang si aisyah ikut papa dia. aku amik lah kesempatan. k lah tu jerk citer 2 hari lepas. ada nak citer lain karang2 aku sambung.

3 Mac 2011

cerita semalam

salam diari,

semalam aku sangat letey. bukan letey apa. kena bebel ngan bos. balik umah ngan laki lak. x per lah dah memang salah aku kan nak wat camner redhoo jerlah. semalam aku janji ngan aisyah nak bawak dia gi makan sekali aku tertido lak. kesian dia nunggu2 aku. x perlah malam nie aku bawak dia jalan. sebenor2 nak cerita pasal cerita kat tivitiga semalam. cerita apa tah tajuk dia anjamoro ker apa.bukan kisah seram dia yg aku kisah kan. pasal aku memang x takut tengok kisah2 seram nie. yg aku nak cerita pasal si sabrina dikhianati suami n kawan baik dia sendiri. sakit sangat hati aku macam terasa jer. bila tengok isteri dikhianati ni teringat kisah aku. walaupun sama tapi x serupa. muka kita nampak tabah tapi hati siapa tau. masa tu nasib aku ada kawan yg boleh aku kongsi rahsia. entah kenapa aku begitu rehdo sangat seolah2 aku tabah kuat segala. tapi hakikatnyer tiap2 hari aku menangis. perkara yg tidak pernah disangka terjadi kan. isteri2 yg pernah dia khianati pasti rasa sakit nyer. tahun lepas aku pun dengar berita sedih gak pasal sorang member opis aku. tapi dia lebey kesian. melihat suami bersama-sama perempuan lain dia katil sendiri. huhhh aku x leh bayangkan kalau benda camtu jadi kat aku. yg cuma gayut2 jer aku dah rasa sakit hati. dah lah aku x nak kenang lagi pasal perkara tu.aku nak lupakan. dan aku harap sangat laki aku pun aku lupakan jugak. k lah nak sambung wat kerje balik.

2 Mac 2011

macam-macam cerita

salam diari

cewah diari. kalau diari kena update selalu kan. ni sebulan sekali. bukan apa cerita banyak cuma malas nak menaip. k lah nak cerita satu-satu. gini aku ni kategori x pandai masak tapi aku suka mencuba resepi-resepi baru. start bulan puasa lepas aku dapat 1 blog yg dicadangkan kawan aku. sebelum ni aku selalu ikut dia kat myresepi.tak tau lak aku dia ada blog. start hari tu setiap hari blog dia mesti aku jenguk nak tengok apa yg dia masak. sampai kuih raya pun aku ikut resepi dia setakat ni alhamdullilah semua menjadi cuma ada 1 jenis jer x jadi. tapi bila aku derhaka kan sedap gak jadinyer. heheheh. k lah nak cerita lain lak. semalam aku cuti pergi hsa wat check-up. ahhahah ayat biasa yg aku dengar dari dok. turunkan berat badan turun kan berat badan. ko ingat ko cakap rini esok badan aku terus kurus ker. grrrrrrrrrrr. sengalnyer dok. ingat aku suka ker badan macam ni. sudahnyer dok. bagi ubat nak tengok aku leh piyed ker dak. benornya dah 3 bulan aku x piyed. x pernah selama ni aku x piyed sampai 3bulan camni. pastu balik sepital semalam dah kebulur terus gi makan. hahaha nak tau mana aku gi. aku gi jusco bukit indah.sorang2 jer tau. x lama pung gi makan jerk. pastu terus berkejar gi tun aminah bayar kereta. berpusing2 aku cari jalan. siap patah balik. nasib jumpa. settle semua urusan. cuma lum bayar bil2 jerk. x per tu pelan2. sabtu aku kena gi melaka. jenguk mak mertua aku. dia dah kuar sepital. pasni masuk sepital KL lak. x kisah lah mana dia nak pergi janji sihat. k lah itu jer kang free2 aku sambung lagi.

20 Feb 2011

bila lah aku leh senang

salam

wawawwa. tajuk tak leh blah kan. x der bukan apa pun. hari jumaat itu hari laki aku buat ayat penyata yg buat hati aku sakit sangat sampai skang nie. ahhh jgn pk bebukan ehhh. dia bagitau aku dia nak benti kerje. dia tnyer pendapat ker dia bagitau ker aku x tau lah. tapi 2-2 dah x memberi kesan pada aku.nak kata aku ok mcm x ok nak kata aku kesah mcm x kesah. yer lah selama nie pun aku yg tanggung semua benda. dia mana ada tolong paper. tapi naper tah aku rasa cam x suka. mungkin aku malu bila orang tau laki aku x kerje agaknyer. tapi aku ada minta dia jaga aisyah pas kul 1. so jimat sikit duit banjer aku. tapi yerlah orang mana taukan. orang ingat laki aku kerje siang malam hempas pulas tuk family. tapi hakikatnyer orang x tau aku yg bermatian untuk family aku. x kisah aku cuba ikhlas kan diri semoga aku diberi keberkatan. isyaallah. tapi aku dah bagitau laki aku awal2 aku x kan tolong dia bayar hutang2 dia. pandai2 ko lah camner nak bayar. sampai kena tarik pun aku x pedulik. dah banyak dah aku tolong dia. dia x pernah lak nak tolong aku. kalau aku minta tolong mesti aku bayar balik. tapi dia wat derk jer utang2 dia ngan aku. tapi sampai bila aku nak tanggung sensorang. anak aku makin besar.makan dia skolah dia camner. entah lah aku pun x tau nak cakap apa. semoga laki aku sedar idop dia bukan untuk dia sorang. ada ramai orang disekeliling dia. ni mak dia sakit duit banjer ubat makan minum dia saper nak bagi. bayar umah dia lagi. ahhhh lantak ahh malas aku nak pk. aku x nak tolong paper. mak aku sendiri aku x termampu nak nak bagi lagi nak tolong mak dia lak. sedap lah idop dia semua aku nak tanggung.kalau mcm nie idop sampai tua aku aku x senang. k lah tue jerk en3 luahan perasaan.

16 Feb 2011

majlis cukur jambul

salam

huhuhu citer berlaku hari selasa baru rini sempat nak cerita. hari selasa itu ahri sempena maulidur rasul kan 1 malaysia cuti. jiran aku ambik kesempatan masa tu wat cukur jambul cucu sulung dia. nak citer sikit ahh pasal majlis tue. aku pepagi kul 10 dah datang konon2 nak rewang lah tolong2 apa yg patut. sekali semua dah siap lah. jiran aku memalam dah masak. pagi tu dia cuma sambung masak nasi jerk. aku datang2 jer dia minta tolong masak air kat rumah aku. memandangkan aku nie x der tolong paper dan x memberi paper aku pun oklah tolong . sekali besar ko periok nyer. sampai habis majlis aku x tau air tu abis ke dak. aku tinggalkan kat rumah aku air tu aku gi umah dia tolong2 lah lagi apa yg patut. sudahnyer aku tolong tengok jerk. pastu dia masak nasi aku tolong ahh nak tengok camner masak nasi tomato. laaaaaaaaaaa camtu jer masaknyer senang sangat. aku ras lagi payah wat nasi goreng. tapi memandangkan aku nie kurang gemar nasi2 campur so sekadar tau jerlah. wat entah bila. dah siap masak nasi aku suapkan si aisyah makan. pastu aku lak makan lah apa lagi dah kata pepagi dah pegi umah orang kompem2 lah x sapan. dah siap masak semua aku balik jap tinggalkan aisyah kat situ. siap2 solat salin baju. datang balik. ahhhh ni nak citer perkara pelik sikit aku tengok. gini cerita nyer. biasanyedr yg kita faham bila majlis cukur jambul mesti ada bekas2 semua kan ada gunting sikit2 kan rambutnya. tapi jiran aku nie x buat. just masa marhaban dia bawak pusing anak dia pastu orang2 tue just usap2 kepala budak tu.skang cukur jambul macam tue ker ahh. pelik gak aku nengok ehh. x lama baru nampak yg pompuan2 nie datang. baru lah nampak muka jiran2 aku yg lain. maklumlah masing2 kerje. msa ada majlis macam nie lah baru nampak btang idong. dekat kul 4 gak baru aku balik.x amik gambar pun segan bukan majlis aku kan.k lah tu jer nak citer. nak sambung wat kerje.

12 Feb 2011

Salam,

perhhhh senang enak bersantai2.nak cerita pasal semalam ni.1 hari kitaorg kat luar dr kul 7 lebey pg sampai kul 2 lebey pg br blk umah semula.aku smlm gi melaka antar mak mertua aku nak duduk umah akak dia.x ksh ahh mana pun dia nak duduk asal dia gmbira.dah lm x pergi sana cr jln smpi sesat2 nyaris sampai bandar melaka.x ksh ahh pngalamn pertm.pas ni setiap 2-3 bln sekali mesti kitog kesana. K lah tu jerk.

11 Feb 2011

penatnyerrrrrrrrrr

salam

huish giler ahh hari nie. sangat2 penat aku. terkejar sana terkejar sini.dah lah partner aku x datang. ada c.c pun macam x der. semua benda aku kena buat. macam nak nangis dah rasanyer. tau2 dah kul 5. camner nak siap kerje aku. kul 5 jer semua dah balik dah. nak call2 orang pun dah x sempat. camner nak siapkan report isnin nie. ingat esok nak kerje kena gi melaka lak hantar mak mertua aku. boleh tak kalau x pergi. dahl lah banyak jemputan. x perlah ikhlas kan diri jerk. k lah nak sambung wat kerje sikit2 sebelum balik.

9 Feb 2011

jauh nyer aku pergi

salam

aku rasa macam dah jauh aku pergi. kenapa aku tak di pangil balik. jauh nyer dah aku ras aaku pergi kenapa lah aku x rasa untuk kembali. ahahha dah macam sajak lak pulok. tak der lah paper pun. cuma sejak 2 menjak ni aku rasa macam jauh meninggalkan apa yg wajib aku buat. tetiba jer aku kembali. kesedaran datang tetiba. tapi kenapa lah hanya aku sorang yg tersedar. aku nak sedar bersam-sama laki aku. aku nak kami sama2 sujud kepada Dia. rindunyer aku nak lihat dia mencium sejadah. apa lagi cara yg perlu aku buat. saban hari aku doa. sampai aku rasa doa aku x pernah dimaklbulkan. tapi aku lupa aku tamak sebenarnya. dah macam2 yg aku dapat aku jerk yg x sedar. sekrang doa aku hanya ingin aku dipanggil dekat kepada Nya. en3 x de penutup ahh dah lah tu.

8 Feb 2011

perhhhhh cabaran

salam

hari nie penuh cabaran buat aku. si aisyah boleh lak meragam x nak pakai uniform dia. aku dah bengang dah nasib leh tahan sabar lagi. laki aku dah x sabar dah. sampai keluar pagar x nak pakai uniform sekali kena sedas ngan laki aku. sudahnyer aku dukung jerk sampai kiddy dia. melalak dia atas motor meronta2 minta lepas. nasib lah badan aku ni besar kalau kecik mau dah terlepas si aisyah tue. sampai kiddy pass kat teacher dia bagi beg semua sampai ronyok2 dah uniform dia. teacher siap pesan kalau dia x nak pakai uniform pun x per x nak mandi pun x per. perhhh kalau aku tau aku pakai kan jerk baju biasa x yah ahh dia melalak2 sampai ke kiddy. buat malu jerk kawan2 dia tengok. balik nanti mesti merajuk aganyer. sorry yer aisyah mama nak cepat lah.

7 Feb 2011

anak baru

salam

ingat tak aku pernah buat tag pasal pet. kan aku pernah cakap mcam nak bela kucing balik kan. ahahha aku dah bela dah. skang kucing aku dah beranak dah. dah ada 4 ekor lagi anak dia. hehhehe syoknyer aku. bertambah ramai isi rumah aku. senang2 kang aku tunjuk gambar baby kitten aku tu. k lah chow dulu.

kisah aku

salam
start aku bukak blog ni aku rasa aku x pernah cerita lagi pasal family aku kan. k lah nak cerita sikit. aku anak ke-7 dari 8 adik beradik. laki aku lak anak ke-3 dari 7 adik beradik. kami dah berkahwin 9 tahun dan ada sorang anak umur 4 tahun skang. sebenarnya panjang cerita kisah perkenalan aku ngan laki aku sampai lah skang. macam2 cerita. nanti lah aku wat siri aku yerk. kaku tinggal di rumah sendiri yg dibeli hasil dari titik peluh aku. berbaloi rasanyer dapat duduk umah sendiri.life aku nie x der menarik sangat semua biasa2 jerk. seorang yg simple x pandai melawa (mmg x lawa pun) masalah aku terlalu low confident. aku x suka nak jerk2 diri aku macam sesetengah orang. k lah nak edit2 blog aku yg x cantik nie. maklum ahh dah lama bersawang.

segarnya

salam semua.

rasa rini gembira dan bahagia. macam dah lama aku tak buat perkara yang sepatutnya aku buat. apa yg aku nak cerita kan yerk. banyak cerita tapi satu2 lah. pagi ni bagi en3 ringan2 jerk dulu. nak citer pasal ahad lepas. aku xcident motor. huh nasib lah x bawak anak aku. kalau x tak tau nasib dia. memang lahanat tul budak tu. dah tunggu lampu merah ko tunggu lah kejap ni leh jalan jerk bengong. jadi superman aku kejap. nasib x parah. k lah itu jerk nak citer kang sambung lagi.

lamanyer........

salam semua pe khabor lamanyer lah x berupdate blog aku nie. sejak kena pindah unit terus membz giler sampai tak tertengok blog aku ni. ikutkan macam2 cerita ada. cuma bila dah lama sangat malas dah nak cerita. cerita sikit2 jerlah yerk. last cerita kerta aku kena sodok kan. pastu x bikin2. sampai raya kedua kereta aku kena sodok lagi pehhhh sakit ati guaa. aku pun apa lagi macam singa ahh.nasib ada sil ngan mil aku kalau tak lagi mengila aku agaknyer. hahhah macam terel nah jerk.pastu driver kereta yg langgar kereta aku panggil abang dia ker adik dia camtu ahh. datang beramai2 ingat kitaorg takut ker. dah ahh dah ko yg salah. conceng2 sikit settle sudahnyer dia kena bayar gak. wakakkaka leh ahh cover2 yg rosak tu. k lah sebagai amik mood nak berblog balik. nie jerlah ban yak lagi nak cerita tapi semua cerita lelama ahh.

2 Mei 2010

macam2 hal

fuhhh bersawang2 ada sesiapa ada penyapu sawang kasi pinjam kat aku. nak buang sawang2 sikit kat blog aku nie. hahahha. punya lah berkurun x update sampai bersawang. banyak cerita sebenarnya cuma x bersempatan. bz yg amat + malas (malas yg lebey benornya... hahahah pang sedas). cerita dah 2 minggu lepas kot nie. laki aku hp dia kena curi ngan budak kel. fuhhh berapi2 dianyer marah cam naga ahhh. x kelakor ahh dayah. ok2 back to story. masa tue aku tinggal sorang ngah buat orang order. budak kel nie lah. sekali tue dia lalu kat sebelah aku entah bila tangan dia capai aku x perasan sekali tue dia kata nak balik jap. dia blah pastu x lama datang balik. masa tue aku x perasan lagi. sekali tue laki aku balik dia tanyer mana hp dia. budak kel tue ada lagi situ. aku try ahh call hp laki aku. ada bunyi tapi x der orang pick-up. laki aku dah muka cam singa lapo dah gayanyer. dalam ati abis lah aku. mesti kena bambu kau2 nie. huh sampai bernanah ahh telinga aku kena.what to do salah aku. letak sepah2 tahan jerlah telinga. aku call msg semua. bodoh yer orang call dia leh jawab tue. tapi x kuar suara. kuang ajau nyer kel. memang macam pukimak tul. malam tue aku balik umah aku call cs digi minta dia block line tue. esok siang nyer aku laki aku gi ambik balik kad baru no. yg sama. aku msg sunmpah2 budak tue tapi buat dek. yg lagi kuang ajat pantat ayam dia leh datang lagi esoknyer tue nak beli burger. memang babi ko muka tak tau malu. laki aku sindir2, pastu cakap soh pulang kan balik kalau x nak report polis. huhuhhh terus lari balik ko. tinggal terus burger dia. sampai la nie terus x berani datang kat warung aku. nasib masa tue aku x der. kalau x mau aku ganyang budak tue. (ceh macam ko berani kan. cakap boleh ahh...heheheh). k dah habis cerita tue. sekali hari ahad minggu sama aku ikut lah laki aku gi keje. so kena lah bwak kereta. parking depan kilang dia. sekali kul 3 lebey bos dia call cakpa kereta kena sodok dari belakang. huhuhh memang cibais sungguh. laki aku muka terus merah.aku pun duduk jer lah diam2 ready tadah telinga. pasal tau karang2 aku jugak kena jadi puncanyer. huh memang tepat sangkaan aku x sampai 5 minit pk dah kena dah. sabau jerlah. orang lain nyer salah aku yg kena. pe nak buat. dah ko yg gatal pantet nak ikut sapa suruh kan. kena lah nasib. bila balik tue tengok teruk gak kereta dia kena. ada cctv kat situ. tapi aku x pandai tengok suh aku yg tengok.tapi buat2 cam pandai2 bodoh piang tul. tekan remote jer keluar suh masuk password. fuh nasib baik ahhh. ahahahahha. berlagak pandai sangat camtu ahh. sampai la nie lantak gitu jer kereta nyer x bikin pun. cuma tukar flat jer. janji leh jalan jadi ahh. n dah cerita yg menarik pastu. huh cam nak wat penutup nie. tetiba blur lak. cettt. k ahh cukup ahh kot. nak sambung buat keje dah.

24 Mac 2010

TAG

hahahahahha bodoh giler rasa rembat tg kat blog orang. ambik tag nie kat blog peej(sorry peej rembat tag ko)nampak sangat x der idea kan. memang x de pun. aku bukanyer suka jenjalan ker gambar2 ker. so sebab tu en3 aku semua x der gambar kan. ambik tak agak2 sekali 50 kau. ahh ambik ko.so this is the tag. sorrylah kalau jawapan aku merapu2.


1. What time did you get up this morning?
kul 7.00pg. kelam kibut bangun. padahal kunci jam kul 6.00pg. cet ko memang hampaskan.

2. How do you like your steak?
masak secukupnya n kuah black pepper. walawei leleh air liur aku.

3. What was the last movie you saw at the cinema?
alamak dah x ingat ahh bertahun dulu. sebelum ada anak. skang anak pun dah masuk 3 tahun. tapi kalau x silap pontianak harum sundal malam 1 kot. belasah jerlah.

4. What is your favorite TV show?
setakat hari nie tengok na o mei jerk. lain2 x tengok ahh maklum berniaga.x der tv kat warung tak tau cerita terkini.

5. If you could live anywhere in the world where would it be?
mana2 jerk janji ada kemudahan.

6. What did you have for breakfast?
rini makan entah apa2 jerk. ambik nasi impit 4 ketul campur kuietiw sikit campur sambal campur ngan telur goreng n air nes panas.

7. What is your favorite cuisine?
asam pedas lohhh.

8. What foods do you dislike?
apa erk. entah semua aku telan(patut lah badan ko cam tong drum).eheheh ada petola. sangat2 x suka.

9. Favorite Place to Eat?
tak der ahh paling2 pun kfc jerk. aku jarang makan luar.(x mampu benornya ko)

10. Favorite dressing?
black pepper sos.

11.What kind of vehicle do you drive?
proton perdana

12. What are your favorite clothes?
apa jerk2 janji selesa n leh cover sikit2 spare tayar aku nie.

13. Where would you visit if you had the chance?
impian aku nak gi rome.moga2 tercapai.aminnn

14. Cup 1/2 empty or 1/2 full?
1/2 full

15. Where would you want to retire?
rumah kg. ada sawah padi(tapi jangan ada lintah) n laut.bolehhhh!!!!!

16. Favorite time of day?
malam ahh leh sama2 ngan family.

17. Where were you born?
HSA...JB

18. What is your favorite sport to watch?
ermmmm x berape minat sukan ahh tapi leh layan bola luar negara nyer. malaysia waaa x main (kecuali ada aidil zaquan, wakakakaka matik ahh kalau pemain m'sia tau)

19. Who do you think will not tag you back?
mana der orang nak tag aku. blog aku pun orang x tau ada.

20. Person you expect to tag you back first?
x der ahh blog aku nie baru jerk orang x tau lagi.

21. Who are you most curious about their responses to this?
uishhh gila kapo nak tau . orang pun x baca camner aku nak tau. x ingin nak ambik tau pun.

22. Bird watcher?
yg mana satu?

23. Are you a morning person or a night person?
sama cam atas tue... mestilah malam.

24. Do you have any pets?
duulu ada kucing. pas ada anak x der lagi dah. rasa cam nak start bela balik. tengok ahh nanti.

25. Any new and exciting news you'd like to share?
biarlah rahsia (ceh x der saper nak tau pun)

26. What did you want to be when you were little?
aku dulu masa kecik2 cita2 aku ada 2 jerk. 1. nak jadi lawyer pasal aku suka cakap n jadi doktor. pasal aku suka sains. tapi dua2 ke laut. belajar setakat SPM. pebendanya.


27. What is your best childhood memory?
mandi sungai n tangkap budu.

28. Are you a cat or dog person?
aku suka 2-2, kalau boleh bela anjing aku nak bela anjing sangat2 comel ahh yg bulu lebat tue.

29. Are you married?
yup now n forever.

30. Always wear your seat belt?
yoooo. pasal aku x nak bayar saman.

31. Been in a car accident?
pernah gak tapi x pernah yg dasyat2.

32. Any pet peeves?
aku x suka orang tikam belakang.

33. Favorite Pizza Toppings
hawaiian chicken n supreme thai.

34. Favorite Flower?
aku x suka bunga.

35. Favorite ice cream?
cokelat n kacang.

36. Favorite fast food restaurant?
kfc lohhh.

37. How many times did you fail your driver's test?
ambik lesen motor 2 kali lesen kereta sekali jerk.

38. From whom did you get your last email?
dari linda.

39. Which store would you choose to max out your credit card?
erhmmmmmmmm jusco kot tapi setakat nie max kat kedai tayar. tukar tayar kereta laki aku.

40. Do anything spontaneous lately?
suka menjawab tanpa sedar.

41. Like your job?
keje siang biasa2 jer pasal dapat gaji. malam dah x baper nak suka cos penat n x dapat gaji dah.

42. Broccoli?
x sukooooooo. yark.

43. What was your favorite vacation?
last desaru...mandi2 jerk.

44. Last person you went out to dinner with?
laki aku ahh.

45. What are you listening to right now?
entah lagu apa2 x masuk kepala otak aku. dengar kat pc member sebelah.

46. What is your favorite color?
always merah lah.

47. How many tattoos do you have?
nak mati. kang aku mati kena siat lak kulit aku. wooo scary lohhh.

48. How many are you tagging for this quiz?
x der ahh dah kata blog aku xder orang baca.

49. What time did you finish this quiz?
1.55 pm start 1.30pm.

50. Coffee Drinker?
nope. im nescaffe n teh person.

23 Mac 2010

REZEKI

alhamdullilah malam tadi berniaga habis cepat. sekali kena serbu x cukup2 tangan aku. rezeki allah nak bagi terima dengan tangan terbuka. dah lama x rasa macam tu. bis online aku nie lak yg makin malam aku rasa. x menampak kan hasil. camner aku nak bayar modal nie. huh tue lah kan kengkadang buat apa2 tue x minta restu laki memang payah. buat apa pun x menjadi. tapi aku bukan x nak bagitau. biasa ahh laki aku tu konvensinal sikit (eleh cakap jer lah kolot)mana percaya ngan benda2 macam nie. adik yg buat modal RM250 tue pun dia x layan. nie lagi kalau aku cakap modal aku RM1000 huh mau terlungkup rumah aku rasa. camner nie. macam2 dah aku buat. cuma x jumpa leader jer lagi. plan nyer sabtu nie nak jumpa leader. harap2 aku bertambah semangat. susah jugak ehhh nak carik orang buat benda2 macam nie. x semua orang macam aku yg mudah terpedaya. kalau aku dapat jumpa orang macam tue huh mau cepat kaya aku. apa yg diaorang cakap modal sekali hari2 masyuk. aku nie dah berapa hari buat x masyuk2 pun. huh jgn sampai aku naik antu sudah. x per2 kena yakin rezeki tu milik allah. kalau ada sikit untuk aku pasti ada.impian aku pasti jadi kenyataan.k lah stop cerita pasal tue. ni nak cerita camner aku nak aprush member aku. setakat modal aku leh carik. tapi betul ker dia nak buat. sekali dia x buat modal aku tengelam ngan aku2 tengelam sekali nie.aku baru hint2 kat dia tapi mcm dah x minat. pastu nak merajuk lak. alah lantak ko lah nak merajuk. sikit2 merajuk. kuasa aku nk pujuk. tipikal pompuan.aisyah dah mula ok demam nyer. tapi malam tadi dia merengek gak. mungkin dia susah nafas kot. nasib baik dia panggil papa x panggil mama. leh aku tido selesa sikit. wakakakkaka. n dia dah mula pandai bajet time dia nak kencing. dah berapa hari malam x pakai pampers x basah pun tilam aku. nak mula pandai cakap bila nak kencing nak berak semua. huh senang keje aku jimat dah belanja. skang beli yg kecik2 jer pampers nyer. k lah dah panjang lebar merepek. ni nak sambung buat keje dah. upppp lupa. nak cerita. patutnya hari ni aku period tapi setakat pagi ni aku x period lagi. huh doakan aku berjaya kali. boleh aisyah dapat adik baru. aminnnnnnnnnnn. k lah nak chow dulu.